Lelaki nyaris tertimbus ketika kerja pembaikan paip

Lelaki nyaris tertimbus ketika kerja pembaikan paip

CYBERJAYA: Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian, mangsa, Samsul Maarif, 43, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip di dalam lubang yang digali sedalam 3.04 meter.



“Ketika sedang membuat kerja-kerja pembaikan itu, secara tiba-tiba tanah yang digali runtuh lalu menimbusi sebahagian badan mangsa dari paras pinggang dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Norazam berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada 2.16 petang tidak membuat sebarang penyelamatan kerana mangsa dikeluarkan oleh rakan sekerja sebelum pihak bomba sampai.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut. FMT

Lelaki nyaris tertimbus ketika kerja pembaikan paip




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker