Mahathir Dedahkan Ahli PPBM Beralih Sokong Parti Pejuang

Mahathir Dedahkan Ahli PPBM Beralih Sokong Parti Pejuang

Mahathir Dedahkan Ahli PPBM Beralih Sokong Parti Pejuang

Oleh Nurul Aisyah

KINI rakyat tertunggu-tunggu kenyataan balas dari Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Tun Dr Mahathir mendedahkan bahawa parti Pejuang mempunyai ahli yang jauh lebih ramai dari parti Muhyiddin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).



Perkara ini diburukkan lagi apabila ahli parti Muhyiddin mula berpaling arah dengan tidak lagi menyokong parti tersebut. Mereka dikatakan menyokong parti Pejuang milik Mahathir pula.

“Kita (sebenarnya) ada orang (ahli parti), (lebih) banyak daripada orang Bersatu dahulu. Mereka sekarang ini sudah tidak sokong Bersatu, mereka sokong Pejuang,” menurut Mahathir.

Kita semua tahu PPBM kalah teruk dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri. Namun persoalannya adakah benar parti Pejuang milik Mahathir sudah merampas sokongan dari ahli PPBM?

Ketika PPBM kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Muhyiddin menegaskan ianya tidak menjejaskan gabungan Perikatan Nasional (PN).



Apabila PPBM kalau teruk lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,
Muhyiddin bersedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Beliau akui kekalahan PN pada PRN Johor adalah tanggungjawabnya namun ianya bersyarat.

“Saya bersedia lepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN, namun ia memerlukan persetujuan daripada rakan-rakan dalam gabungan PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan, jika mereka kata saya tidak perlu lagi pegang jawatan sebagai Pengerusi PN” kata Muhyiddin.

Dalam masa yang sama parti Pejuang juga kalah teruk dalam PRN Johor. Malah kesemua calon mereka hilang wang deposit. Adakah Mahathir menipu apabila mendakwa ahli PPBM telah menyokong parti Pejuang? Kita menunggu reaksi balas dari Muhyiddin.

 



Mahathir Dedahkan Ahli PPBM Beralih Sokong Parti Pejuang

 


Baca Artikel Menarik:

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker