Isu rakyat penentu kemenangan sesebuah parti pada PRU-15

KOTA BHARU – Isu rakyat dilihat menjadi penentu kemenangan kepada parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan.

Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengakui ‘atmosfera’ politik pada PRU15 kali ini tidak sama dengan sebelum-sebelumnya.

“Cabaran yang dihadapi parti politik sekarang sangat mencabar, isu rakyat perlu diberi perhatian dan itu paling utama.



“Hal ini kerana rakyat sudah bijak menilai parti yang boleh membela nasib mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis minum petang bersama Srikandi Bersatu Kelantan di PCB Beach Resort di sini, pada Khamis.

Mas Ermieyati berkata, semua parti politik termasuk Bersatu perlu bekerja keras dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Katanya, soal siapa calon PRU15 perlu dilupakan seketika dengan memberikan tumpuan kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Bersatu menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terutama ketika menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup.



Katanya, Bersatu berharap Perdana Menteri tabah dan cekal dalam menangani pelbagai isu termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker