Berkhalwat ketika suami keluar kerja

Berkhalwat ketika suami keluar kerja

Kulim: Tindakan seorang wanita berstatus isteri orang yang mempunyai empat anak sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam sebuah bilik sewa di sebuah kampung di sini ketika suaminya keluar bekerja membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat, hari ini.

Wanita berusia 35 tahun dan pasangannya yang berusia 32 tahun itu dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian, suami wanita itu dipercayai keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar di daerah ini.



Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga kanak-kanak disyaki anak wanita itu dipercayai sedang tidur.

“Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini, kira-kira enam bulan lalu.



Beliau berkata, wanita yang berasal dari daerah ini itu bekerja sebagai tukang cuci, manakala lelaki yang berasal dari Pendang itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut Anwar Shariffudin, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. HM



Berkhalwat ketika suami keluar kerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker