Ketua bahagian Umno persoal angka sokongan disebut Tajuddin



Ketua bahagian Umno persoal angka sokongan disebut Tajuddin

Tindakan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman yang disifatkan cuba memburukkan nama parti dengan mendedahkan usaha menjatuhkan Ahmad Zahid Hamidi tidak harus dilayan, kata Ketua Umno Wangsa Maju.

Shafei Abdullah berkata, ini kerana kenyataan dikeluarkan Tajuddin tidak berasas, terutamanya mengenai kononnya ada 130 ketua bahagian Umno di seluruh negara bersetuju dengan cadangan mendesak Zahid berundur sebagai presiden.

“Atas sebab apa hendak ungkit cerita lama, sebab kamu hendak mengajak semuanya pergi ke perang? Sebut 130 kononnya sokong, kalau sokong kenapa benda itu tidak jadi. Jangan main sebut saja, buktikanlah nama itu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengakui terdapat usaha awal untuk mendapatkan pandangan ketua bahagian bagi merealisasikan gerakan berkenaan, namun ia tidak berjaya kerana tidak dipersetujui majoriti.




“Ia bukan gerakan tetapi peringkat awal untuk cuba dapatkan pandangan (ketua bahagian). Saya pun dipanggil tetapi (pada awalnya) tidak tahu sebab apa. Apabila dipanggil, saya dan beberapa orang lain juga tak setuju.

“Kami tanya semula, kenapa nak buat semua ni? Presiden ini dipilih, biarlah tunggu habis penggalnya,” katanya.

Tambahnya, jika majoriti bersetuju dengan cadangan itu, semestinya ia sudah dibawa ke peringkat tertinggi, iaitu perhimpunan agung Umno (PAU).

Sementara itu, Ketua Umno Paya Besar Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, gerakan yang “dicanang” oleh ahli Parlimen Pasir Salak itu bersifat peribadi dan tidak patut dianggap mewakili parti.

“Semua orang (ketua bahagian) kenal beliau dan tahu rancangannya. Ia hanya pandangan peribadi, lebih-lebih lagi selepas beliau digugurkan daripada MKT.




“Apa jua gerakan di luar garis perlembagaan parti adalah usaha persendirian dan tidak boleh dikatakan sebagai keputusan mewakili Umno,” katanya.

Pada satu sidang media khas Isnin lepas, ahli Parlimen Pasir Salak itu mendedahkan kewujudan memorandum meminta Zahid melepaskan jawatan sebagai presiden parti “demi kepentingan Umno”.

Beliau berkata, memorandum itu susulan pertemuan diketuai Timbalan Presiden Mohamad Hasan yang turut dihadiri Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan bekas perdana menteri Najib Razak pada Mei 2020.

Menurutnya, ia dipersetujui lebih 130 ketua bahagian Umno di seluruh negara, termasuk 18 di Perak. FMT

Ketua bahagian Umno persoal angka sokongan disebut Tajuddin





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Leave a Reply

Your email address will not be published.