Penyamun kaki menghendap dicekup

Sebahagian daripada barangan yang dirampas polis hasil penangkapan suspek. – Foto PDRM

 

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah, curi dan mengintai di kawasan perumahan Seksyen 14 di sini 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa pelbagai barang peribadi miliknya telah hilang disyaki akibat pecah masuk.

“Pada 22 Jun lebih kurang jam 1.15 tengah hari polis menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan yang menyedari tingkap biliknya telah terbuka pada jam 8 pagi.



“Mangsa telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan mendapati pintu pagar rumah telah dirosakkan. Mangsa mendapati telefon bimbit, kunci almari, kunci pejabat, dokumen bank dan set alat kosmetik telah hilang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan Seksyen 4 di sini.

“Pemeriksaan lanjut menemukan polis dengan pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dan curi termasuk wang tunai, kotak perhiasan, kasut, barangan elektronik dan perhiasan emas.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan Petaling Jaya,” katanya.



Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

“Hasil soal siasat mendedahkan penglibatan suspek dalam kes jenayah lain. Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah, kes curi dalam bangunan (dua), curi motosikal (satu), dan mengintai (satu),” ujarnya.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Penyamun kaki menghendap dicekup



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)



Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker