Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat

Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat

SEPASANG kekasih dikecam selepas beraksi tidak senonoh di puncak bangunan The Shard yang berketinggian 72 tingkat.

Lelaki dan wanita itu memuat naik rakaman aksi seks mereka ke laman web Pornhub sehingga ia menerima lebih 260,000 tontonan

Selain aksi tidak senonoh, klip berdurasi tiga minit itu turut menunjukkan panorama langit London yang sangat indah

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan menggesa pengurusan The Shard untuk menyiasat kes berkenaan.

Malah, dia turut menggesa agar pasangan itu diharamkan mengunjungi The Shard pada masa akan datang.

“Ia menjijikkan, saya tidak percaya mereka melakukan itu di tempat awam.

“Saya terkejut mereka tidak ditangkap. Shard harus menyiasat video itu dan melarang pasangan itu daripada kembali,” tulis seorang netizen.
Jurucakap The Shard ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kejadian itu.

Perbuatan dogging iaitu terlibat dalam perbuatan seksual di khalayak ramai secara teknikalnya tidak menyalahi undangundang, tetapi boleh membawa kepada pendakwaan jika seseorang melihatnya.

Pendakwaan boleh dilakukan di bawah seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam 1986, bagi pendedahan di bawah seksyen 66 Akta Kesalahan

Seksual 2003 atau bagi kesalahan undang-undang biasa yang memalukan kesopanan awam.

The Shard merupakan pusat kepada ratusan pejabat serta restoran, pangsapuri dan sebuah hotel.

Pengunjung perlu membeli tiket, walaupun masuk adalah percuma apabila mengunjungi salah satu kedai makan mahal dalam pencakar langit itu.

Berdiri tepat pada ketinggian 309.6 meter, The Shard merupakan bangunan tertinggi di United Kingdom (UK). – Daily Star.

Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker