Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas



Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas

Peguam kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader akan meniliti rakaman video tular membabitkan suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof dengan pelakon veteran, Kazar yang juga bapa kepada wanita didakwa kekasih Syamsul, Ira Kazar di sebuah kedai menjual barangan kemas.

Akberdin berkata, sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.

“Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.




“Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi rakaman video terbabit, Syamsul dan Kazar dilihat berada di kedai barangan kemas sambil memegang beberapa barangan kemas.

Bagaimanapun tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disenangi sehingga mendapat kritikan netizen di media sosial.

Ada netizen yang marah kerana Syamsul seperti tidak menjaga hati keluarganya terutama Puteri Sarah.

Namun, dalam masa sama ada yang mendakwa itu hanya babak lakonan semata-mata.




Sementara itu, Puteri Sarah ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya menyerahkannya kepada peguam.

“Saya enggan komen mengenai video itu, saya serahkan kepada peguam untuk meneliti rakaman video itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

Dalam masa sama, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi yang antaranya defendan (Ira) serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh. HM

Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas






Leave a Reply

Your email address will not be published.