Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’

Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’

SEORANG wanita tampil berkongsi pengalaman pahit dirinya yang pernah menjadi ‘pemuas nafsu’ bapa sendiri, dengan harapan perkongsian tersebut dapat membantu orang lain yang berdepan situasi sama.

Aicha Dounia, 21, menjadi mangsa serangan seksual lelaki tersebut selama hampir 12 tahun, iaitu antara Januari 2006 hingga Disember 2017.

Selepas kisah itu terbongkar, pada 2018, bapanya dipenjarakan selama 15 tahun atas tuduhan merogol berulang kali, termasuk cubaan merogol, seks luar tabii dan serangan seksual.



“Kali pertama ianya berlaku sentiasa terngiang-ngiang di fikiran saya. Saya tidak akan melupakan perasaan ketika itu, kekeliruan dan perasaan benar-benar terganggu.

“Ia sampai ke satu tahap di mana saya sentiasa dilanda ketakutan bahawa dia akan membunuh saya,” kata Aicha.

Sejak bapanya dipenjarakan, Aicha tidak pernah berhubung dengan lelaki tersebut.

“Setahu saya, dia sudah lama mati,” katanya lagi.



Aicha kini merupakan seorang pelajar dan tinggal di Dublin bersama pasangannya dan bayi mereka yang berusia enam bulan. – Dailystar

Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker