Ikan Berbentuk Kemaluan Lelaki Jadi Menu Kulinari Ekstrem Popular Di Korea

Ikan Berbentuk Kemaluan Lelaki Jadi Menu Kulinari Ekstrem Popular Di Korea

LAPORAN mengenai ribuan ikan berbentuk kemaluan lelaki yang terdampar di pantai pernah menggemparkan warga California, Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Biarpun kelihatan aneh, ikan zakar atau nama saintifiknya Urechis unicinctus yang juga spesies cacing sudu merupakan salah satu menu kulinari ekstrem di Korea Selatan yang mempunyai ramai peminat

Menu itu dipanggil gaebul yang bermaksud “zakar anjing” dalam bahasa Korea dan diklasifikasikan sebagai kulinari ekstrem kerana dihidangkan mentah seperti sashimi di Jepun.

Secara tradisinya, ia dihidangkan mentah dengan cara dihiris dan dicicah bersama sos pedas yang diperbuat daripada minyak bijan dan garam serta sos asam pedas yang diperbuat daripada cuka dan pes cili Korea (gochujang)

Gaebul dijual secara meluas di restoran dan gerai jalanan di Korea Selatan, termasuklah di Pasar Ikan Noryanjin di Seoul.

Laman web Sunny Side Circus mendedahkan tekstur ikan zakar sangat kenyal apabila dikunyah dan biasanya mempunyai rasa neutral apabila masuk ke dalam mulut.

Namun, apabila anda menggigit, anda akan mendapat rasa yang sedikit hanyir dan masin.

Sesetengah orang menganggap rasanya seperti kerang, malah terdapat juga sentuhan kemanisan apabila ia dibilas dengan air laut.

Namun, rasa masin itu biasanya akan hilang sekiraya ia dicuci bersih menggunakan air paip oleh pekerja restoran.

Selain dihidangkan mentah seperti sashimi, ikan zakar juga sering dibakar dengan lidi seperti sate. – Detik.com

Ikan Berbentuk Kemaluan Lelaki Jadi Menu Kulinari Ekstrem Popular Di Korea

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker