Kerap Kesunyian, Wanita Ini Bersuamikan Patung Kain Dan Gembira Timang ‘Anak Sulung’

Kerap Kesunyian, Wanita Ini Bersuamikan Patung Kain Dan Gembira Timang ‘Anak Sulung’

SEORANG wanita di Brazil yang sering mengadu kesunyian, akhirnya berkahwin dengan patung kain.

Malah wanita bernama Meirivone Rocha Moraes, 37, itu juga mendakwa dia baharu melahirkan anak hasil perkahwinan dengan ‘pasangannya’

Patung kain tersebut dibuat oleh ibu Meirivone sendiri bagi menggembirakan hati wanita itu, dan memberinya nama ‘Marcelo’.

Pertama kali melihat Marcelo, Meirivone mendakwa dia jatuh cinta dengan patung tersebut.

Tidak mahu melahirkan anak luar nikah, Meirivone mengatur majlis perkahwinan di hadapan 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, sebelum berbulan madu di Rio de Janeiro.

“Dia adalah lelaki yang selalu saya inginkan dalam hidup. Kehidupan berumah tangga dengannya adalah indah.

“Kami tidak bergaduh dan dia hanya memahami saya. Marcelo adalah suami yang hebat dan setia,” kata Meirivone.

Meirivone menambah, dia melahirkan ‘bayi’ dalam masa 35 minit di rumah, dengan kehadiran doktor dan jururawat.

Tambahnya, proses melahirkan bayi itu juga tidak menyakitkan.

Proses kelahiran tersebut juga disiarkan secara langsung dalam talian dengan disertai 200 orang yang menonton.-Metro

Kerap Kesunyian, Wanita Ini Bersuamikan Patung Kain Dan Gembira Timang ‘Anak Sulung’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker