Israel bubar Parlimen, pilihan raya 1 November ini

TEL AVIV – Wakil-wakil rakyat Israel membubarkan Parlimen hari ini, sekali gus memaksa pilihan raya kelima diadakan dalam tempoh kurang empat tahun dengan Menteri Luar, Yair Lapid dilantik sebagai perdana menteri ‘caretaker’ bermula tengah malam ini.

Usul mengenainya diluluskan dengan 92 undi menyokong dan tiada yang menentang. Keputusan itu menamatkan portfolio Perdana Menteri, Naftali Bennet sejak setahun lalu. Bennet sebelum ini mengetuai kerajaan campuran lapan parti yang turut mendapat sokongan sebuah parti politik Arab.

Bennet berkata lewat semalam bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 1 November ini. Ia menyaksikan pemimpin berhaluan kanan, Benjamin Netanyahu cuba untuk kembali berkuasa.



Netanyahu berjanji bahawa pakatan parti berhaluan kanan, ultra nasionalis dan kumpulan Yahudi  ultra ortodoks akan memenangi pilihan raya tersebut, namun, tinjauan pendapat menunjukkan beliau juga sukar mendapatkan majoriti di Parlimen.

Bennett akan menerima kunjungan Lapid untuk majlis serah tugas lewat hari ini, demikian menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri.

Beliau  juga akan menyerahkan kepimpinan parti keagamaan, Parti Yamina kepada sekutu rapatnya,  Ayelet Shaked. – AFP


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker