Penyu tak boleh disentuh, apa lagi sampai cekik lehernya

Penyu tak boleh disentuh, apa lagi sampai cekik lehernya

Tular sebuah video memaparkan seorang individu yang dilihat mencekik leher seekor penyu sambil membawanya naik ke permukaan air.

Rakaman yang tersebar di media sosial itu turut dikongsikan oleh Redang About Time di akaun Instagramnya semalam.



Menurut jurucakapnya, Nur Sindaca, pihaknya berasa kesal dengan perbuatan individu terbabit kerana ia boleh memudaratkan keadaan penyu.

“Cara dia memegang leher penyu itu kejam. Sebenarnya kita tak boleh menyentuh penyu. Jangan tarik kaki apatah lagi mencekik lehernya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pulau Redang, Terengganu.

Menurut Nur Sindica, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat kejadian itu selain memantau pelancong yang datang ke Pulau Redang agar tidak bertindak dengan sewenang-wenangnya.



Katanya lagi, perbuatan seperti itu amat dibenci ‘orang pulau’ kerana akan membinasakan kehidupan laut yang sememangnya menjadi tarikan utama di kawasan pulau.

“Kami di sini termasuk orang pulau tak sokong perbuatan seperti itu. Kalau tindakan saman boleh dikeluarkan, itu terpulang kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Nur Sindica mengingatkan orang ramai agar menghormati kawasan atau tempat tinggal orang lain dan tidak mencemarkannya dengan tindakan kurang bijak. K Online

Penyu tak boleh disentuh, apa lagi sampai cekik lehernya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker