Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis

Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis

Polis sedang memburu pemandu kereta Perodua Myvi yang berlagak samseng dan dipandu secara merbahaya di atas jalan raya dalam kejadian di Selayang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu melalui satu rakaman video papan pemuka (dashcam) kereta yang tular di media sosial.

Rakaman berdurasi satu minit 14 saat itu melihatkan kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang dipandu secara berbahaya dan berlagak samseng jalanan di Jalan Taman Selayang Jaya.

“Dalam kejadian tersebut, sebuah kereta jenis Myvi dipandu secara berbahaya dengan memotong dan melakukan brek mengejut beberapa kali di hadapan sebuah kereta yang dimiliki oleh perakam video di atas jalan raya.

“Rentetan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek kereta berkenaan dipergiatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, Zainal Mohamed menegaskan, polis turut mengesan pemilik dashcam video tular itu untuk membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Jika disabitkan dengan kesalahan pihak terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih dari RM15, 000 bagi kesalahan pertama.

Polis juga mengesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Dalam pada itu, berdasarkan rakaman video menunjukkan pemandu Myvi memberhentikan kenderaan di tengah jalan sebelum menurunkan cermin dan memaki hamun terhadap pemandu kereta lain di belakangnya.

Tiba-tiba suspek lelaki itu turun dari kereta sambil memegang objek panjang menyerupai kayu dan menuju ke arah kereta pemilik dashcam secara agresif.

Bagaimanapun pemilik dashcam kenderaan belakang itu segera beredar dari lokasi bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Insiden yang tular itu mendapat pelbagai reaksi dan kecaman terhadap perbuatan pemandu Myvi berkenaan dan mahu pihak berkuasa bertindak tegas. MG

Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker