Peniaga nasi lemak mengaku tak salah 25 tuduhan tipu pelaburan emas

KUANTAN: Seorang peniaga nasi lemak dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret atas 25 pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan emas melibatkan kerugian RM161,073, antara September hingga Januari lepas.

Wan Noraini Wan Abdullah, 43, yang beralamat di Jalan Gambang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Tertuduh didakwa atas 13 pertuduhan memperdayakan dua wanita berkaitan pelaburan itu di Syarikat Empire Gold Ventures di Sungai Isap Maju 1 di sini antara 6 Nov 2021 hingga 10 Jan lepas.

Wan Noraini didakwa melakukan kesalahan dengan menawarkan pakej pulangan nilai emas sehingga mendorong mangsa membuat bayaran RM900, RM11,500 dan RM12,100, namun dia dikatakan hanya menyerahkan nilai emas pada kadar lebih rendah iaitu sekitar RM4,658 ke RM4,865.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, namun tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan atas alasan dia hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

“Suami juga bekerja sendiri dan kami mempunyai tujuh anak. Saya mohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang rendah,” katanya.

Farahah membenarkan jaminan sebanyak RM48,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 8 Ogos sebagai sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

Sementara itu, di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari, tertuduh mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan serupa melibatkan tiga mangsa yang didakwa dilakukan antara 28 Sept 2021 hingga 10 Jan lepas di tempat sama.

Ainis membenarkan jaminan sebanyak RM24,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 21 Julai sebagai sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aini Adilah Muhammad Faizal.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker