Cap bulldog lagi teruk dari cap ayam – Takiyuddin

Cap bulldog lagi teruk dari cap ayam – Takiyuddin

Pas tidak mahu melayan kenyataan sinis seorang pemimpin UMNO Johor yang melabel menteri Kabinet daripada Pas sebagai “Cap ayam”.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas juga tidak perlu menjawab mengenai perkara itu.

Katanya, dilabel sebagai cap ayam lebih baik daripada dicap sebagai “bulldog”.

“Cap ayam lebih baik daripada cap bulldog, bulldog lagi teruk, cap ayam tak apa lagi.

“Takpelah tak payah jawab, benda tu tak perlu layan sangat,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa menteri Kabinet daripada Pas gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Menurut Nur Jazlan, kelemahan kepimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Katanya, menteri-menteri daripada Pas lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja. MG

Cap bulldog lagi teruk dari cap ayam – Takiyuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker