Chef Wan disaman!

Seorang arkitek lanskap Siti Sarah Khairul Aziz mengemukakan saman fitnah terhadap chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang didakwa memfitnah berkait kerja-kerja renovasi lanskap rumah.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas Chef Wan mendakwanya menipu dan mahu menuntut semula wang walaupun pada awalnya bersetuju dengan kerja-kerja lanskap yang dilakukan.

Dalam tuntutan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates itu, Chef Wan dituntut membuat kan permohonan maaf secara bertulis dan secara terbuka melalui laman sosial Instgram defendan serta menarik balik dan memadam hantaran berbaur fitnah terhadap plantif.



Selain itu, Chef Wan juga dikehendaki menyiarkan permohonan maaf kepada plantif satu muka surat penuh di dalam siaran akbar tempatan, membayar ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif, kos guaman dan kos-kos tuntutan.

Plantif juga menuntut satu injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya atau sesiapa sahaja memberi komen dan mengunalangi penerbitan kenyataan fitnah yang serupa.

Sementara itu, Siti Sarah ketika dihubungi berkata pada 2 April lalu dia dilantik untuk melakukan kerja-kerja lanskap di kawasan rumah Chef Wan dan bayaran awalan bagi projek berkenaan juga diterima.

“Setelah selesai keseluruhan kerja-kerja kami pada asalnya ketika itu Chef Wan menyatakan dia berpuas hati dengan hasilnya dan tiada sebarang aduan dibuat ketika itu.



“Walau bagaimanapun, setelah beberapa hari kemudian, Chef Wan telah mula menulis di akaun Instagramnya, _chefwan58 menyatakan bahawa kami telah menipu dan ingin menuntut wangnya semula,” dakwanya.

Sehubungan itu Siti Sarah berkata, tarikh sebutan kes tuntutannya itu ditetapkan pada 28 Julai di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi lanjut daripada Chef Wan.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari



Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker