Syed Saddiq akui takut dituduh untuk kes lain

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak berbohong semasa memberi keterangan dalam kes dihadapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebaliknya berasa takut akan dituduh di mahkamah untuk kes lain.Abdul Hannaan Khairy, 29, berkata, keterangannya bahawa Ahli Parlimen Muar itu memintanya supaya undur tarikh sebut harga dan resit berjumlah RM250,000 berhubung cenderahati Armada, adalah benar namun tidak mengingati tarikh itu.

“Saya tidak berbohong tetapi saya takut dituduh di mahkamah,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.

Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata, beliau tidak akan meminta Muhammad Naqib Ab Rahim, yang ketika itu ahli Bersatu untuk undur tarikh pada kedua-dua dokumen berkenaan sekiranya Syed Saddiq tidak memintanya berbuat demikian.



Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, saksi itu mengakui beliau berasa takut ketika memberi keterangan di mahkamah hari ini (Isnin).

Gobind: Kenapa kamu takut?, ada pihak SPRM tanya kamu berkenaan kes lain?

Abdul Hannaan: Ya.

Gobind: Kamu takut dituduh untuk kes-kes lain?, dan saksi menjawab, Ya.



Gobind: Kamu rela memberi keterangan (di mahkamah) sebagai balasan kamu tidak dituduh atas kes lain?.

Abdul Hannaan: Yang Arif, saya ingin pergi ke tandas.

Selepas mendengar permintaan saksi itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memohon supaya beliau menjawab soalan peguam terlebih dahulu dan Abdul Hannaan kemudian menjawab, Ya.

Sementara itu, Abdul Hannaan yang juga Ketua Editor Serius Kool Media Sdn Bhd berkata beliau telah ditangkap oleh SPRM pada 4 Jun 2020 selepas menerima panggilan telefon daripada Muhammad Saufi Yusof supaya menjemputnya pulang dari Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.



“Saya bertolak dari Southville City dalam pukul 11 malam untuk menjemputnya (Muhammad Saufi) dan sampai di sana (SPRM Putrajaya) kira-kira 12 tengah malam. Ketika sampai di lobi SPRM, saya tidak dapat menghubunginya dan tunggu Saufi keluar. Ketika saya menunggu beliau di dalam kereta, secara tiba-tiba ada dua atau tiga orang SPRM berlari ke arah saya dan meminta saya keluar dari kereta,” katanya.

Disoal Gobind mengapa pihak SPRM menangkapnya, saksi menjawab: “Berhubung kehilangan wang RM250,000”.

Menurut Abdul Hannaan, beliau turut disoal siasat berhubung kereta berjenama Volkswagen Passat yang dibelinya pada awal 2020 dan risau tindakan akan diambil oleh SPRM berhubung pembelian kereta tersebut.

Jelas saksi, kereta itu dipulangkan semula kepadanya selepas setahun disita oleh pihak SPRM.



Dalam pada itu, saksi berkenaan berkata beliau juga kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pegawai SPRM semasa menyoal siasat isterinya termasuk mengherdik wanita itu dengan kata-kata kesat dan satu laporan polis telah dibuat sebagai perlindungan diri daripada diancam oleh pihak luar.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.



Perbicaraan di hadapan Azhar bersambung Selasa. – Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker