Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air, kos mencecah RM18,000

Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air, kos mencecah RM18,000

USAHA dalam menguruskan badan, pelakon dan influencer, Zarina Anjoulie memilih prosedur belon intragastrik (intragastric balloon) atau dalam bahasa mudahnya menelan belon air. Kos keseluruhan prosedur berkenaan dikatakan boleh mencecah RM18,000.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengekang obesiti. Selain perubahan kepada diet dan menambah aktiviti fizikal serta pembedahan bariatrik, prosedur belon intragastrik juga boleh dilakukan.

Seperti dikongsikan oleh Zarina, 34, yang memilih prosedur berkenaan untuk menguruskan badan menerusi laman sosial Instagram.



Menerusi video berdurasi 6 minit 28 saat yang dimuat naik, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju melalui prosedur berkenaan.

“Salam dan selamat pagi. Hari ini baru Anju larat untuk edit dan post. Prosedur ini ialah intragastric balloon. Saya perlu puasa sehari sebelum belon ditelan atau guna wayar dijolok masuk sampai masuk ke perut,” titip Anju.

Katanya, proses berkenaan perlu dilakukan dengan pantas.

“Proses kena cepat sebab belon tu dalam vege pill so kalau lambat vege pill tu akan hancur kerana belon tersebut berada di dalam vege pill so kalau lambat vege pill tu akan hancur.



“Once ia sudah sampai ke perut, X-ray dilakukan untuk melihat kedudukannya. Kemudian masukkan air. X-ray akan dilakukan sekali lagi untuk memeriksa kedudukan belon berkenaan then rehat dalam wad.

“Akan rasa nak muntah selema empat hari kekejangan dan tidak selesa. Doktor akan berikan ubat,” kongsi Anju.

MENGAKUI KEBERKESANAN PROSEDUR BELON INTRAGASTRIK, PELAKON YANG MUNCUL KALI PERTAMA DALAM FILEM MIMPI MOON ITU MENGAKUI TIDAK BERASA LAPAR.

“Dari hari saya mula berpuasa sehingga kini hari ketiga tidak rasa lapar langsung. Kosnnya dari RM16,000 hingga RM18,000 bergantung kepada hospital,” tambah Anju.



Menerusi video yang lain, Datuk Dr Nik Ritza Kosai menerangkan intragastric balloon mampu membuatkan pemakainya berasa kenyang dan ia sekali gus membantu menurunkan berat badan.

Katanya lagi, belon tersebut akan berada di dalam perut dalam tempoh empat bulan sebelum ia akan kempis sendiri apabila tiba masanya. SPlus

Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air, kos mencecah RM18,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker