Suami kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut dan berbogel naik motosikal

Bloody halloween theme: bloody hands holding a bloody machete isolated on black background in studio

JOHOR BAHRU: Seorang suami berusia 24 tahun yang tergamak mengelar leher isterinya yang baru habis berpantang dan anak kecilnya berusia tiga bulan sehingga maut bertindak meninggalkan tempat kejadian dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis, Raub Selamat berkata, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd. Thakif Amir, ditemui maut di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) telah berjaya membuat penangkapan ke atas suspek lelaki tempatan yang berusia 24 tahun di Permas Jaya, dua jam kemudian.

“Suspek yang ditangkap dalam keadaan bogel menunggang motosikal seperti yang tular di sosial media. Turut dirampas adalah sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Menurut Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan
Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pihak polis di IPD JBS menerusi talian 07-2182323.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker