Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidi, berkata rakaman video berdurasi 34 saat yang tular itu dipercayai berlaku di sebuah kedai makan membabitkan dua pelanggan dan seorang wanita dikatakan pekerja premis.

Katanya, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut bidang kuasa yang ada mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Berdasarkan maklumat, premis ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

“Kita tidak akan berkompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan Islam tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, tular di media sosial video memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar dengan pekerja wanita di kedai berkenaan hari ini.

Video itu menimbulkan kecaman orang ramai dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terbabit.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker