Anggap Tajuddin sebagai Kuda Tua, Nur Jazlan kata sesuai dengan PAS



PETALING JAYA: Sikap oportunis PAS untuk mengambil Tajuddin Abdul Rahman yang dianggap “kuda tua” bertanding atas tiket parti itu di Pasir Salak, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bersesuaian dengan proses peremajaan Umno, kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed.

Beliau yang sebelum ini menggambarkan menteri PAS sebagai “cap ayam”, sekali lagi menggunakan label berkenaan merujuk kepada bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, yang dikatakan liabiliti selain tidak membawa keuntungan kepada parti.

“Saya selalu tertarik dengan sikap oportunis PAS setiap kali ada sesuatu yang boleh beri laba dalam politik, mereka terus sambar.

“Memang tak salahlah saya cop pemimpin dan menteri PAS ni (ini) cap ayam. Kalau dah spesies cap ayam jadi mereka akan cari geng yang sama cap ayam,” katanya di Facebook.

Nur Jazlan berkata, pastinya Umno akan lega jika Tajuddin meninggalkan parti dan pergi bersama PAS.




“Sekurang-kurangnya Umno/BN Pasir Salak boleh beri laluan serta peluang kepada kepimpinan muda di kawasan itu untuk menjadi calon pada PRU15 nanti. Sudah tiba masanya melakukan reformasi kepimpinan dan mungkin bahagian itu akan jadi contoh terbaik kepada permulaan proses peremajaan Umno,” katanya.

Minggu lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mempelawa Tajuddin menyertai parti itu sebagai meneruskan kelangsungan karier politiknya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mempelawa Tajuddin yang digugurkan sebagai ahli MKT Umno bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili parti itu, jika tidak diberikan tempat oleh Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pasir Salak pada PRU15.

Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT Umno berkuat kuasa 21 Jun, susulan itu beliau membuat pendedahan yang menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa lagi pemimpin utama parti, berhubung akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Kesan daripada itu, Zahid memberi “bayangan” Tajuddin akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno jika badan itu menerima laporan terhadapnya.




 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.