Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara


Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan laporan mengatakan beliau percaya bekas perdana menteri Najib Razak sepatutnya dipenjarakan.

Merujuk laporan Asia Times yang memetiknya, Mohamad berkata, beliau ditanya berhubung kes Najib, bagaimanapun kenyataannya diambil di luar konteks.

“Apa yang saya katakan adalah Najib mesti mendapat perbicaraan adil. Sekiranya, beliau didapati bersalah, barulah beliau kena berdepan hukuman, tapi seperti kita tahu, kesnya belum lagi berakhir, sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. Tapi, beliau mesti mendapat perbicaraan adil,” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kepada FMT.



Mohamad berkata, dalam wawancara bersama Asia Times, beliau juga menggariskan bagaimana kebangkitan Najib dikaitkan dengan persepsi awam berhubung “pendakwaan terpilih”.

“Jadi, sekiranya saya percaya Najib tidak mendapat perbicaraan adil, bagaimana boleh saya katakan beliau patut masuk penjara. Ia tidak masuk akal.”

Najib memfailkan permohonan memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa dirinya dinafikan mendapat perbicaraan adil merujuk kepada Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa mempunyai konflik berkepentingan memandangkan peranannya sebagai peguam am dan setiausaha syarikat dalam Kumpulan Maybank.

Nazlan merupakan hakim perbicaraan yang mensabitkan Najib apabila kes SRC International didengar di Mahkamah Tinggi.



Dalam permohonannnya di Mahkamah Persekutuan, Najib berhujah ketika Nazlan berada bersama Maybank antara 2006 hingga 2015 bermaksud beliau terbabit atau mempunyai pengetahuan bank berkenaan dalam menubuhkan SRC International, anak syarikat 1MDB. FMT

Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker