Isteri ketua kampung maut dicekik dalam kejadian samun

Isteri ketua kampung maut dicekik dalam kejadian samun

BERA – Isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang di sini maut dipercayai dicekik dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa Siti Zuliana Said, 52, ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa mengalami kecederaan dan pengsan akibat dipukul.



Suspek dikatakan melarikan diri ke arah Jempol Negeri Sembilan dengan menaiki kereta jenis Honda City milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, N. Kumaran berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan usaha mengesan suspek giat dilakukan pada masa ini.

“Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD9799.

“Polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan kepada balai polis berhampiran,” ujarnya. K Online



Isteri ketua kampung maut dicekik dalam kejadian samun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat



MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker