Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar

Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk mengunci mulut apabila diajukan mengenai wanita bernama Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.

Menerusi temu bual secara ekslusif bersama sebuah program di saluran Astro Ria, Syamsul yang kini tular di media sosial mengenai konflik rumah tangganya dilihat mengambil pendekatan untuk menjernihkan suasana yang semakin tegang.

Malah ketika pengacara program itu, Datuk Aznil Nawawi bertanyakan soalan terakhir kepada Syamsul mengenai siapa Ira Kazar untuk dirinya, Syamsul hanya membuat isyarat ‘zip mulut’.

Mengulas mengenai kemelut dan kontroversi yang melanda dirinya, Syamsul mengakui timbul rasa bersalah terhadap keluarga terutama bapanya, Datuk Yusof Haslam yang turut berada dalam industri yang sama.

“Semestinya saya rasa bersalah terhadap ayah saya kerana terpaksa melalui benda-benda sebegini, namun apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang saya minta.

“Tidak dinafikan hubungan saya dan ayah sangat tegang ketika ini. Kalaulah hidup ini dapat ditulis sama seperti skrip, tidak akan jadi perkara-perkara begini.

“Sebagai anak, semestinya saya mahu melihat ayah hidup dalam keadaan yang tenang tanpa tekanan. Cuma saya sendiri tidak boleh menjawab lebih lanjut mengenai perihal ini,” kata Syamsul.

Menerusi ruangan komen, perkongsian daripada program berkenaan menjadi tular di media sosial. Video terbabit turut mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya dan ada diantara mereka yang menyarankan kepada Syamsul untuk mendapatkan rawatan alternatif.

“Kalau kita lihat Ira ini bersahabat baik dengan Farah yang juga skandal kepada Shuk. Mungkin mereka menggunakan ‘cara’ yang sama, cuba minum air Yassin Syamsul.

“Dia sayang isterinya namun ada sesuatu yang mengawalnya, saya dapat rasa Sul ini ada sesuatu yang dipendam. Buatlah sesuatu Sul.

“Cara dia cakap seperti dia sudah dikawal, jelas dia kata yang dia sayangkan keluarganya. Tapi jika dilihat dia seperti takut-takut tersalah cakap,” komen netizen.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Khamis lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi. HM

Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker