Kenapa RoS lembap sangat?
Kenapa RoS lembap sangat?
“Susah sangat ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) hendak buat keputusan berhubung pindaan Perlembagaan UMNO atau RoS sudah jadi cagaran politik oleh Menteri-Menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)?” soal Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Ini kerana, katanya, sudah dua bulan UMNO mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi meminda Perlembagaan dan pindaan tersebut diluluskan dengan sebulat suara perwakilan parti bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu berkata, sebagai bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, beliau tahu bidang kuasa dan peraturan dalam RoS.
“Kalau satu-satu pertubuhan buat mesyuarat, buat pindaan dan semuanya mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Akta Pertubuhan, ROS tak ada hak untuk tak memberi kelulusan atau mengesahkan minit mesyuarat itu.
“Begitu juga dalam kes Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas itu, semuanya dijalankan mengikut lunas-lunas undang-undang, keputusan pindaan juga diputuskan sebulat suara oleh perwakilan dan selepas PAU Khas selesai tak bantahan oleh ahli-ahli atau perwakilan UMNO.
“Persoalannya, kenapa RoS lembab nak buat keputusan?
“Kadang-kadang saya kesian dengan sesetengah jabatan kerajaan yang terpaksa menjadi cagaran politik oleh menteri tertentu. Mungkin mereka sudah buat kerja dengan baik tapi bila nak buat keputusan, kaki tangan kena ikat. Ada arahan dari kayangan yang mereka kena patuh.
”Situasi ini sebenarnya beri tekanan kepada Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang turut menyokong keputusan pindaan Perlembagaan itu. Mungkin pemimpin dan Menteri Bersatu cuba mengatur permainan politik dan membuatkan PM serba salah,” dakwanya.
Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menambah, mereka perlakukan parti Perdana Menteri (PM) sedemikian rupa kerana cuba calarkan imej Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO.
”Mereka cuba menangguk di air keruh dan gunakan RoS sebagai senjata politik untuk ugut PM dan partinya walaupun menteri-menteri UMNO dalam kerajaan pun menyokong pindaan Perlembagaan ini sebab kalau mereka tak sokong nanti ahli-ahli akar umbi akan hukum mereka pada PRU15 dan pemilihan parti akan datang,” katanya.
Tambahnya, menteri-menteri Bersatu langsung tak ada rasa hormat pada PM kerana mereka rasa merekalah yang letakkan dan memberikan talian hayat kepada PM dalam ketiadaan PRU.
Oleh sebab itu, mereka berani untuk mempermainkan parti yang diwakili PM.
Tapi hakikatnya Bersatu takut untuk berdepan PRU kerana mereka tahu rakyat akan terus tolak parti mereka dan juga Perikatan Nasional seperti pada PRN sebelum ini.
Sehinggakan PM sendiri kena ingatkan, RoS ada masa sehingga 16 Julai ini untuk keluar keputusan pengesahan, katanya.
”Takkanlah sampai benda macam itu pun PM kena remind kepada jabatan kerajaan? Mungkin juga ini game sesetengah Menteri Bersatu yang mereka nak guna untuk lompat parti selepas PRU-15 nanti.
“Saya pun ada dengar cerita, sudah ada beberapa orang dari parti bunga (Bersatu) sudah standby nak melompat,” dakwanya yang melihat ini sebagai satu lagi muslihat atau ugutan politik yang cuba dimainkan oleh Bersatu kepada kepimpinan PM dan UMNO.
Nur Jazlan berkata, tindak-tanduk Bersatu yang mengamalkan budaya politik ugutan sudah lama diketahui oleh UMNO kerana dengan cara ini mereka dapat kawal kerajaan Perikatan Nasional. MG
Kenapa RoS lembap sangat?
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET