Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi mempertahan kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bahawa Najib Razak perlu masuk penjara terlebih dulu jika mahu mendapatkan pengampunan.

Bagaimanapun kata Mohd Puad, pandangan Mohamad telah diputar belit oleh Asia Times bagi menimbulkan “cerita panas bodoh”.

Jelas Mohd Puad, apa yang berlaku Najib tidak mahu memohon pengampunan dan mahukan perbicaraan yang adil dijalankan terhadapnya.

“Logiklah apa Mat (Mohamad) Hasan kata. Najib perlu masuk penjara kalau dia mahu minta ‘pengampunan’. Isunya Najib tidak minta pengampunan. Najib mahu perbicaraan yang adil. Belum habis lagi.

“Najib tidak pernah minta pengampunan. Tidak ada kenyataan dari Najib. Tidak ada rekod Najib mohon di Mahkamah. Bahkan tidak ada surat kepada Yang di-Pertuan Agong minta pengampunan.

“Tetapi Asia Times menggunakan logik masuk penjara itu sebagai bahan cerita yang dispin untuk buat cerita panas bodoh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Wartawan Asia Times Nick Kochan mempertahankan wawancaranya dengan timbalan presiden Umno itu berikutan dakwaan bahawa laporannya mengambil kenyataan Mohamad di luar konteks.

“Kami tetap dengan laporan kami,” katanya di Twitter, bersama dengan pautan untuk memuat turun rakaman audio daripada wawancara itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kochan mengesahkan rakaman itu adalah sahih dan berkata Mohamad sedar wawancara itu dirakam.

Dalam pada itu Mohd Puad berkata, adalah tidak munasabah jika Najib meminta pengampunan sedangkan perbicaraan masih berjalan.

“Tidak munasabah Najib minta pengampunan. Perbicaraan Najib masih berjalan termasuk isu Hakim Nazlan ada ‘conflict of interest’.

“Anwar memang minta pengampunan. Dia dalam penjara. Nak keluar kena minta ampun. Minta ampun bermakna mengaku salah.

“Najib mahu perbicaraan adil. Tidak minta ampun pun,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker