Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



DEDAH Puteri Sarah, selain dirinya menjadi mangsa gangguan orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Syamsul, wanita itu juga didakwa turut mengacau keluarga mentuanya.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan pihak ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bukan sahaja mengganggu dirinya tetapi juga ahli keluarga Syamsul Yusof.

Dedah Puteri Sarah, 36, ketika bersiaran langsung bersama aktres Nad Zainal hari ini, dia sudah cuba untuk bertahan sejak diganggu wanita berkenaan empat tahun lalu bagi menjaga maruah suami dan keluarga.

“Semasa perkara ini mula berlaku empat tahun lalu, macam-macam saya nak buat tetapi demi memikirkan aib suami dan keluarga, saya bertahan.

“Namun, lama-kelamaan, bila terlalu kerap diganggu secara mental, rasa cukup-cukuplah. Jika saya ini mulut jahat, saya sudah canang kepada semua,” katanya.

Menjelaskan kepada umum, tindakan saman yang difailkan tempoh hari terhadap wanita berkenaan adalah bagi mempertahankan maruah dan haknya sebagai seorang isteri.




“Bila orang tanya kenapa nak saman-menyaman, saya lakukannya bukan kerana nak rampas hak atau suami semula tetapi mahu tuntut hak sendiri dan anak-anak.

“Saya sudah failkan aduan dan saman, harap anda semua doakan kes ini jatuh sebagai jenayah.

“Banyak sebenarnya kes isteri balas semula perbuatan perampas seperti diganyang dan sebagainya tetapi kali ini terbalik, saya pula yang kena dan teraniaya,” jelasnya.

Biarpun diganggu orang ketiga, namun pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menerima wanita tersebut dalam hidupnya sekiranya memperkenalkan diri secara baik.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila wanita berkenaan dikatakan mengganggu ahli keluarga mentuanya termasuk adik-beradik Syamsul.




“Kalau awal-awal mungkin marah tetapi saya boleh pertimbangkan. Namun awal-awal pun dia sudah serang ibu mentua dan ganggu adik-adik Syamsul.

“Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik.

“Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” katanya lagi.

Episod keretakan rumah tangga pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu bersama Syamsul kembali menjadi buah mulut ramai sejak tahun lalu apabila dia mendedahkan kerap diganggu wanita yang didakwa sebagai orang ketiga.

Tidak sanggup lagi emosinya terganggu, dia seterusnya mengambil keputusan memfailkan saman dan aduan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor pada 30 Jun lalu.




Sebelum ini, dia juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Syamsul yang kini sedang meledak dengan filem Mat Kilau juga pernah dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung dengan isterinya tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Sebagai info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Leave a Reply

Your email address will not be published.