Tentera ditahan bersama pistol, peluru: Polis masih siasat pemilik, sumber senjata api
Tentera ditahan bersama pistol, peluru: Polis masih siasat pemilik, sumber senjata api

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan anggota tentera yang ditahan bersama sepucuk pistol dan puluhan peluru di Kem Perdana Sungai Besi, di sini pada 29 September lalu, sudah didakwa di mahkamah Khamis lalu.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik serta sumber pistol dan peluru yang dirampas.
Mengulas lanjut, katanya suspek didakwa di Mahkamah Jalan Duta, di sini selepas kertas siasatan dilengkapkan.
“Suspek didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) akta sama pada 8 Oktober 2026,” katanya melalui kenyataan.
Pada 29 September lalu, polis menahan anggota tentera berusia lingkungan 30-an di kawasan parkir kereta dalam Kem Perdana Sungai Besi, kira-kira jam 12.42 tengah malam pada 29 September lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Anggap Belanjawan 2027 Perkukuh Reformasi Institusi, Bela Rakyat
- Belanjawan 2027: RM22.11 Bilion Perkukuh Pertahanan Negara
- Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan
Suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Polis merampas sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum dalam tangkapan itu.
Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, masing-masing dua berkaitan dadah dan satu kes jenayah.
Suspek pada mulanya direman lima hari sehingga 3 Oktober sebelum tempoh remannya dilanjutkan lima hari lagi sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.
Tentera ditahan bersama pistol, peluru: Polis masih siasat pemilik, sumber senjata api
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Malaysia Biru: Momentum Peroleh Semula Mandat Rakyat Pada PRU ke-16
- UMNO Selangor Perhebat Penerangan, Sasar Rampas Kembali Pentadbiran Negeri
- Agenda Malaysia Biru Isyarat Kesiapsiagaan UMNO Hadapi Pilihan Raya – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat
You must be logged in to post a comment.