Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril



Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menafikan dakwaan terdapat perjanjian Ismail Sabri Yaakob dengan Perikatan Nasional (PN) untuk melantik timbalan perdana menteri sebelum Ismail dilantik sebagai perdana menteri.

Beliau berkata, jika benar perjanjian itu wujud, mengapa baru sekarang ia dibangkitkan oleh sesetengah pihak ketika ini.

Shahril juga mendakwa pelantikan jawatan timbalan perdana menteri tidak pernah dibincangkan dengan mana-mana pihak, termasuk PAS dalam PN.

“Tiada perjanjian setahu saya. Kalau ada perjanjian kenapa sekarang baru kita dengar dakwaannya. Kalau ada..kenapa ada menteri-menteri kanan.




“Tak pernah diumumkan, tak pernah dibincangkan. PAS pun dalam PN. Tak pernah pun sebut apa-apa berhubung hal ini. Jadi saya anggap ni cerita rekaan semata-mata oleh pihak terdesak,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Selasa lalu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata kepada FMT, perbincangan jawatan timbalan perdana menteri yang dibuat antara presiden parti itu, Muhyiddin Yassin dengan Ismail baru-baru ini, bukan sesuatu yang baharu.

Beliau berkata, jawatan itu adalah perjanjian yang dibuat antara PN dengan Ismail sebelum beliau dilantik menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu, Shahril berkata Ismail sebagai perdana menteri tidak akan tunduk terhadap desakan mana-mana pihak mengenai apa jua perkara.

Katanya, Ismail merupakan perdana menteri dari Umno dan Barisan Nasional (BN), sudah tentu akan mendengar pendirian partinya.




“Dia akan dengar pendirian BN, bukan cakap atau desakan PN.

“Tambahan lagi, sekarang dalam keadaan cabaran ekonomi dan di hujung-hujung penggal ini bukan masa untuk sibuk tentang jawatan baru sedangkan Kabinet sudah ada. Patut Kabinet dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bantu perdana menteri, bukan desak-desak jawatan,” katanya. FMT

Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Leave a Reply

Your email address will not be published.