Najib Mahu Perbicaraan Adil, Asia Times Tukar Jadi Cerita Panas Bodoh Lain
Oleh Tun Teja
WALAUPUN pepatah Inggeris berbunyi “Keep your friends close and your enemies closer” namun tidak bermakna kita perlu “hulur kepala” kepada media mesra Pakatan Harapan seperti Asia Times. Natijahnya sangat buruk.
Tindakan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan setuju diwawancara Wartawan Asia Times Nick Kochan mendedahkan naratif yang menjadi pegangan Pakatan Harapan (PH) selama ini atau lebih tepat niat Mahathir sebenarnya.
Soalan-soalan perangkap yang diajukan oleh Kochan gagal dihidu oleh Mat Hasan walaupun beliau seorang yang gemar berseloroh dengan ungkapan-ungkapan sinis dan “makan dalam” selama ini.
Dalam banyak-banyak jawapan yang diberikan oleh Mat Hasan, Kochan hanya fokus kepada jawapan perangkap mengenai Datuk Seri Najib semata-mata.
Pandangan Mat Hasan bahawa jika Najib mahu mendapatkan pengampunan maka beliau perlu masuk penjara terlebih dulu menjadi fokus putarbelit Kochan. Apa yang berlaku sebenarnya, Najib tidak mahu memohon pengampunan kerana beliau mahukan perbicaraan yang adil dijalankan terhadapnya.
Najib tidak pernah minta pengampunan. Malah tidak ada kenyataan dari Najib dan tidak ada sebarang rekod Najib mohon di Mahkamah serta tidak ada surat kepada Yang di-Pertuan Agong minta pengampunan.
Sebagai media mesra PH, Asia Times menggunakan logik jika mahu minta pengampunan maka perlu masuk penjara sebagai bahan cerita yang dispin untuk buat cerita panas bodoh.
Secara logiknya, tidak munasabah jika Najib meminta pengampunan sedangkan perbicaraan masih berjalan. Isu Hakim Nazlan yang ada ‘conflict of interest’ pun masih lagi “hanging”. Zeti pun belum didakwa. Banyak lagi isu dan bukti yang menjurus kepada pembebasan Najib dikatakan masih belum diambil tindakan.
Ketika ini Najib hanya mahukan perbicaraan yang adil. Beliau tidak minta pengampunan pun. Kita sama-sama doakan agar keadilan dapat ditegakkan dalam kes Najib dan mereka yang menganiaya beliau dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.