Miliki 522.82 gram kanabis: Bekas kelindan lori dipenjara 7 tahun, 10 sebatan

Miliki 522.82 gram kanabis: Bekas kelindan lori dipenjara 7 tahun, 10 sebatan

Miliki 522.82 gram kanabis: Bekas kelindan lori dipenjara 7 tahun, 10 sebatan
Mohammad Azali dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun empat bulan dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah kanabis seberat 522.82 gram tiga tahun lalu. NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: Seorang bekas kelindan lori dihukum penjara tujuh tahun empat bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki 522.82 gram kanabis, tiga tahun lalu.

Mohammad Azali Mohmad Yazid, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan itu selepas pertuduhan utama mengedar dadah ditukar susulan representasi pihak pembelaan yang diterima Jabatan Peguam Negara.

Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 April 2023.

Dalam penghakimannya, beliau menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama dan mencari rezeki secara halal demi masa depan tiga anaknya.

Saya berharap kamu lebih serius dan tidak terbabit dengan dadah selepas ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentadbiran Adat, Moden Bergerak Seiring… Tidak Bercampur


“Dapatkan kerja dan cara rezeki secara halal serta didik anak-anak supaya suatu hari nanti mereka boleh jaga kamu,” katanya.

Suria berkata, tertuduh bernasib baik apabila ditawarkan pertuduhan pilihan memiliki dadah berbanding pertuduhan utama mengedar.

Beliau berkata, mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam kerana dadah adalah musuh nombor satu negara yang mampu membinasakan masyarakat.

Dalam rayuan, pihak pembelaan memaklumkan tertuduh mempunyai ibu yang tidak sihat, tiga anak masih kecil dan kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah bersama anggota Balai Polis Alor Gajah dalam serbuan Ops Tapis di sebuah rumah di Taman Seri Sutera, Alor Gajah, pada jam 11.10 pagi, 17 April 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Melaka: Rapatkan Saf, Gerakkan Gelombang Biru BN

Hasil soal siasat dan pandu arah tertuduh, polis menemui sebuah beg kertas di dalam peti sejuk di bahagian dapur rumah itu yang mengandungi dua bungkusan disyaki ganja dengan berat kasar masing-masing 507 gram dan 38 gram.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan sebotol plastik yang diubah suai dan dipercayai digunakan sebagai alat menghisap dadah.

Analisis Jabatan Kimia Melaka mengesahkan kedua-dua bahan berkenaan adalah kanabis dengan berat bersih keseluruhan 522.82 gram.

Mohammad Azali didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun serta minimum 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Saleh menjalankan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili Peguam Bela, Mohan Singh dan S Sumesh.

Miliki 522.82 gram kanabis: Bekas kelindan lori dipenjara 7 tahun, 10 sebatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker