Ops Sapu: 42 warga asing dicekup di tapak pembinaan

Ops Sapu: 42 warga asing dicekup di tapak pembinaan

Ops Sapu: 42 warga asing dicekup di tapak pembinaan
Sebahagian 42 warga asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen dalam serbuan di tapak pembinaan di Sungai Petani, Kedah. – Foto ihsan Imigresen

SUNGAI PETANI: Seramai 42 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) Kedah dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di daerah ini kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.

Imigresen Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua yang ditahan membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 54 tahun dan dipercayai tidak memiliki dokumen atau pas yang sah.

Tangkapan itu dilakukan menerusi operasi Ops Sapu oleh Unit Tindakan, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah yang membabitkan 21 pegawai.

Dalam operasi itu, seramai 47 warga asing daripada pelbagai kewarganegaraan diperiksa di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 42 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Tangkapan itu membabitkan 28 warga Bangladesh, lapan warga Indonesia, lima warga Myanmar dan seorang warga Pakistan yang kesemuanya berusia antara 24 hingga 54 tahun,” menurut kenyataan itu.

Semua individu yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik untuk tindakan lanjut.

Ops Sapu: 42 warga asing dicekup di tapak pembinaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker