Bawa dadah RM3.3 juta guna penerbangan domestik, dua lelaki ditahan di LTAK

Bawa dadah RM3.3 juta guna penerbangan domestik, dua lelaki ditahan di LTAK

Bawa dadah RM3.3 juta guna penerbangan domestik, dua lelaki ditahan di LTAK
Saifullizan menunjukkan antara dadah bernilai RM3.3 juta yang diseludup ke Sarawak menaiki penerbangan dari Johor. -Foto NSTP/MOHD ROJI KAWI

KUCHING: Dua lelaki ditahan selepas polis merampas 32.73 kilogram (kg) pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak, berkata kedua-dua suspek berusia 25 dan 39 tahun berasal dari Miri itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan pada 28 September lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua suspek itu dipercayai mula aktif sejak Ogos lalu dengan mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching menggunakan penerbangan domestik untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini.

“Kedua-dua suspek berlepas dari Lapangan Terbang Senai, Johor dan menerima upah RM5,000 seorang bagi setiap transaksi penghantaran dadah berkenaan

“Polis percaya sindiket itu masih baharu beroperasi selepas kedua-dua suspek mengaku penghantaran berkenaan adalah transaksi kedua mereka, manakala penghantaran pertama berjaya melepasi pemeriksaan,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentadbiran Adat, Moden Bergerak Seiring… Tidak Bercampur


Saifullizan berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine (benzo), manakala seorang lagi suspek negatif dadah

“Semakan rekod mendapati suspek berusia 25 tahun mempunyai tiga rekod lampau, termasuk satu kesalahan dadah dan dua kesalahan jenayah, manakala suspek berusia 39 tahun mempunyai dua rekod kesalahan jenayah.

“Kedua-dua suspek direman lapan hari secara keseluruhan bermula 30 September hingga 7 Oktober lalu, sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Oktober mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut mengenal pasti individu yang dipercayai mengupah kedua-dua suspek dan kini giat mengesan bagi membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Melaka: Rapatkan Saf, Gerakkan Gelombang Biru BN

Dalam kes berasingan, Saifullizan berkata, pihaknya memburu lapan lagi individu bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api membabitkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak.

Katanya, setakat ini lima lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Bawa dadah RM3.3 juta guna penerbangan domestik, dua lelaki ditahan di LTAK


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker