Kes tembak babitkan anggota polis, orang awam punca masih tanda tanya
Kes tembak babitkan anggota polis, orang awam punca masih tanda tanya

JOHOR BAHRU: Kejadian tembakan membabitkan anggota polis dan orang awam dikesan berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor, di sini tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan bakal mengadakan sidang media, esok.
“Saya sahkan berlaku tembakan membabitkan anggota polis dan mangsa orang awam yang cedera.
“Siasatan di tempat kejadian masih dijalankan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati kereta yang dipercayai dipandu mangsa dalam insiden itu masih berada di kawasan berkenaan.
Terdapat pita larangan dipasang di lokasi itu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri
- Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
- ‘Good Old Days’ Tidak Memadai, BN Perlu Tunjuk Apa Selepas Ini – Khairy
Sumber sebelum ini memaklumkan seorang pemandu kereta dipercayai terkena tembakan dilepaskan sekitar jam 2 petang tadi.
Pengunjung yang enggan dikenali memaklumkan orang ramai dapat mendengar dengan jelas bunyi seakan-akan tembakan sebanyak dua kali.
“Saya sempat bertanya orang lain, itu bunyi tembakan ke? Macam itu kah bunyi pistol? Selepas bunyi itu, saya dengar bunyi dentuman, memang betul kereta itu kemudian dilihat berlanggar dengan sebuah kereta lain yang diparkir di lokasi itu,” katanya.
Difahamkan, individu yang dipercayai terkena tembakan itu sudah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Kes tembak babitkan anggota polis, orang awam punca masih tanda tanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
- RM2.1 Bilion: Wang Diluluskan, Tapi Tak Sampai KKDW?
- RUU Makanan Perlu Lindungi Pengguna, Peniaga Kecil Secara Adil – Suhaimi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.