Guru maut, 3 murid cedera kemalangan pergi perkhemahan

Guru maut, 3 murid cedera kemalangan pergi perkhemahan

Guru maut, 3 murid cedera kemalangan pergi perkhemahan
Kemalangan yang menyebabkan seorang guru wanita maut di Jalan Pamol-Sapi Nangoh, Beluran, hari ini. – Foto ihsan BBP Beluran

BELURAN: Seorang guru maut, manakala tiga murid cedera apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Pamol-Sapi Nangoh, di sini, hari ini.

Difahamkan, insiden kira-kira jam 12.30 tengah hari berlaku ketika mangsa wanita berusia 25 tahun yang memandu Perodua Aruz sedang dalam perjalanan bersama tiga murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai ke Beluran untuk menghadiri perkhemahan.

Setakat ini, identiti semua mangsa terbabit belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata kejadian membabitkan Perodua Aruz terbabit dan sebuah Toyota Hilux.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, guru wanita terbabit didapati sudah dikeluarkan oleh orang awam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentadbiran Adat, Moden Bergerak Seiring… Tidak Bercampur


“Mangsa yang parah dan tiga lagi murid yang turut cedera dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Nangoh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun difahamkan, guru berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Nur Azlan Shah berkata, empat mangsa lain dalam Toyota Hilux pula dilaporkan hanya cedera ringan.

Guru maut, 3 murid cedera kemalangan pergi perkhemahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker