Konstabel maut, kenderaan polis nahas selepas iring tahanan

Konstabel maut, kenderaan polis nahas selepas iring tahanan

Konstabel maut, kenderaan polis nahas selepas iring tahanan
Keadaan kenderaan polis yang terbabit kemalangan maut di Kampung Lot M, hari ini. – Foto ihsan IPD Kinabatangan

KINABATANGAN: Seorang anggota polis maut apabila kenderaan pasukan dinaikinya terbabit kemalangan di Kampung Lot M, di sini, hari ini, selepas selesai mengiringi tahanan.

Konstabel Mathew Zulian Backly, 29, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.

Insiden kira-kira jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa bersama dua lagi anggota dikatakan dalam perjalanan pulang ke IPD Kinabatangan selepas menyelesaikan tugas mengiring tahanan dari Penjara Sandakan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Janeve Sindih, berkata kenderaan pasukan berkenaan dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lain dari arah hadapan.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga anggota mengalami kecederaan dan dibawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Kinabatangan, untuk rawatan lanjut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentadbiran Adat, Moden Bergerak Seiring… Tidak Bercampur


“Bagaimanapun, seorang daripada anggota berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 4.53 petang ketika dirawat,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam ini.

Janeve berkata, mayat mangsa akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak, untuk urusan seterusnya.

Beliau sekali gus merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, dan menyifatkan pemergian anggota polis itu sebagai satu kehilangan buat seluruh warga IPD Kinabatangan.

“Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Konstabel maut, kenderaan polis nahas selepas iring tahanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker