3 beranak maut: SUV rempuh lori berhenti di bahu jalan sebab tayar pecah
3 beranak maut: SUV rempuh lori berhenti di bahu jalan sebab tayar pecah
TANJONG KARANG: Lori yang dirempuh sebuah Proton Exora dinaiki empat beranak sehingga mengorbankan tiga nyawa di Bukit Talang, Jalan Raja Musa di sini, tengah hari tadi, berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar pecah ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata rempuhan itu menyebabkan pemandu Proton Exora berkenaan, Norawalysa Mat Talpi, 44, disahkan meninggal dunia bersama dua anaknya di tempat kejadian akibat parah.
Dua kanak-kanak maut itu dikenal pasti sebagai Auni Syazana Suhaimi, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz Suhaimi, 8.
Katanya, seorang lagi anak mangsa dikenali sebagai Ahmad Syah Fitri Suhaimi, 10, pula cedera pada bahagian kepala.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.39 petang berhubung nahas itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri
- Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
- ‘Good Old Days’ Tidak Memadai, BN Perlu Tunjuk Apa Selepas Ini – Khairy
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika Proton Exora itu sedang dalam perjalanan dari arah Bestari Jaya menghala ke Tanjong Karang.
“Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu melanggar belakang lori yang sedang berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar tengahnya pecah,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata, semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Susulan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor melalui talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
3 beranak maut: SUV rempuh lori berhenti di bahu jalan sebab tayar pecah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
- RM2.1 Bilion: Wang Diluluskan, Tapi Tak Sampai KKDW?
- RUU Makanan Perlu Lindungi Pengguna, Peniaga Kecil Secara Adil – Suhaimi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET

You must be logged in to post a comment.