Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta

Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta

Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang pejalan kaki berusia 41 tahun maut akibat dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Persisiran Perling di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata pada jam 8 malam tadi, pihaknya menerima makluman berkaitan kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kenderaan dan pejalan kaki.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Mazda 3 dipandu lelaki warga tempatan berusia 43 tahun sedang bergerak lurus di lorong kanan dari arah Pasir Gudang ke Bukit Indah di sini.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu merempuh pejalan kaki lelaki itu yang secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri ke kanan di Jalan Persisiran Perling di sini.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu pejalan kaki berkenaan cedera di kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentadbiran Adat, Moden Bergerak Seiring… Tidak Bercampur


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Hafiz Aminuddin di talian telefon 011-35807871,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker