Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid
Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid

JAKARTA – Suasana pembelajaran di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman wilayah Kalimantan Utara, Indonesia mencuri selepas memaparkan seorang guru yang setia mengajar walaupun hanya mempunyai tiga orang murid, lapor laman berita Detik Kalimantan.
Kisah mereka tular menerusi perkongsian guru tersebut, Teguh Cahyono, memaparkan suasana bilik darjah yang lengang di Sekolah Dasar (SD) Negeri 005 Mentarang Hulu, Daerah Malinau.
Menerusi salah satu klip video terbaharunya, hanya dua murid berada di bilik darjah, manakala seorang lagi tidak dapat hadir ke sekolah.
Difahamkan, situasi bilangan murid terlalu sedikit bukanlah perkara baharu kerana rekod sesi persekolahan tahun lalu juga hanya mencatatkan kehadiran empat hingga lima orang murid sahaja.
Perkongsian Teguh mendapat simpati dan pujian netizen yang kagum dengan komitmen guru itu walaupun mengajar di kawasan terpencil berhampiran sempadan negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri
- Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
- ‘Good Old Days’ Tidak Memadai, BN Perlu Tunjuk Apa Selepas Ini – Khairy
Memetik laporan media tempatan, Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Malinau, Muhammad Fiteriady berkata, kerajaan tempatan tetap komited memastikan hak pendidikan asas diberikan kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira jumlah kehadiran murid.
Menurutnya, faktor utama bilangan murid terhad adalah disebabkan oleh taburan penempatan penduduk yang berselerakan serta kadar populasi kanak-kanak usia sekolah rendah yang kecil di desa berkenaan. – AGENSI
Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
- RM2.1 Bilion: Wang Diluluskan, Tapi Tak Sampai KKDW?
- RUU Makanan Perlu Lindungi Pengguna, Peniaga Kecil Secara Adil – Suhaimi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.