Langit Kalimantan merah, penduduk sukar bernafas
Langit Kalimantan merah, penduduk sukar bernafas

JAKARTA – Langit kemerahan dan jerebu tebal menyelubungi Kalimantan di Indonesia akibat kebakaran hutan dan tanah gambut, menyebabkan kualiti udara merosot pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.
Menurut Kementerian Perhutanan, sebanyak 1,176 titik panas dikesan di seluruh Indonesia setakat semalam.
Memetik pemerhatian Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), kementerian itu berkata, kualiti udara mencapai tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya di Kalimantan Tengah, sebahagian Kalimantan Barat dan Selatan, Sumatera Selatan dan Jambi.
Jarak penglihatan di bandar Palangka Raya, Kalimantan Tengah merosot kepada hanya 150 meter pada pukul 12.30 tengah hari semalam.
Video tersebar di media sosial menunjukkan langit berwarna jingga merah, asap tebal dan api merebak ke arah kawasan perumahan di beberapa bahagian di Kalimantan, mendorong panggilan untuk bantuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri
- Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
- ‘Good Old Days’ Tidak Memadai, BN Perlu Tunjuk Apa Selepas Ini – Khairy
Penduduk Palangka Raya melaporkan mengalami kerengsaan mata dan sukar bernafas.
Kementerian itu berkata, usaha memadam kebakaran diteruskan di darat dan dari udara.
“Sebanyak 61 pesawat dikerah untuk menyokong operasi memadam kebakaran, termasuk 44 untuk pengeboman air dan 17 untuk rondaan udara dan pembenihan awam,” kata kementerian itu dalam kemas kini media sosial hari ini.
Setakat pukul 9 malam semalam, Kalimantan Tengah merekodkan 225 titik panas, meningkat berbanding 182 pada hari sebelumnya, manakala Sumatera Selatan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 224 daripada 71 titik panas.
Jerebu juga mengganggu penerbangan, dengan jarak penglihatan di Lapangan Terbang Melalan, Kalimantan Timur merosot kepada 500 meter semalam dengan beberapa penerbangan dibatalkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Sasarkan 80 Peratus Kursus Ijazah Sarjana Muda Integrasi Elemen AI
- Agenda Malaysia Biru Buka Lebih Banyak Ruang Kepada Generasi Muda – Rizam Ismail
- Agenda Malaysia Biru: GST Wajar Dikembalikan Jika BN Diberi Mandat – Wee Ka Siong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Di Lapangan Terbang Sultan Thaha di Jambi, jarak penglihatan menurun kepada 800 meter menjelang tengah hari semalam, mengakibatkan beberapa penerbangan menuju ke dan dari Jakarta ditangguhkan. – BERNAMA
Langit Kalimantan merah, penduduk sukar bernafas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
- RM2.1 Bilion: Wang Diluluskan, Tapi Tak Sampai KKDW?
- RUU Makanan Perlu Lindungi Pengguna, Peniaga Kecil Secara Adil – Suhaimi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.