Lizzy bikin panas lagi

Lizzy bikin panas lagi

Bertubuh tinggi lampai, seksi dan sering tampil menggoda dalam laman sosial, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 29, sering bikin hati lelaki tidak keruan.

Namun, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy tidak lagi tampil berani seperti dahulu sejak mendirikan rumah tangga setahun lalu. Barangkali, banyak hati terutama suami tersayang, Dr Siew Jim, mentua dan keluarga perlu dijaga.

Bagaimanapun, Lizzy yang tampil dengan filem Abang Long Fadil 3 sekali lagi bikin panas apabila mengakui melakukan adegan cium bersama pelakon Jay Iswazir tanpa menggunakan teknik kamera.

Lizzy menjelaskan, adegan dilakukan ketika belum berkahwin dan bergelar isteri.

Kini, Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Mei lebih berhati-hati disebabkan statusnya sebagai seorang isteri.

“Adegan dilakukan sendiri, tetapi saya masih belum berkahwin dan Jay juga tidak kisah.

“Cuma, saya kurang berpuas hati dengan adegan berkenaan dan merasakan boleh melakukan lebih baik lagi,” katanya yang seronok dapat menjayakan filem aksi di bawah arahan Syafiq Yusof itu.

Lizzy berkata, suaminya berkesempatan menonton filem Abang Long Fadil 3 pada majlis malam gala, baru-baru ini turut mengagumi lakonan aksi dibawakan, tetapi dalam masa sama memberikan kritikan membina.

“Suami mengagumi aksi lakonan, cuma boleh lakukan lebih baik pada masa akan datang. Saya tidak berkecil hati dengan kritikan suami, namun, komen jujur seperti ini diperlukan bagi memperbaiki mutu lakonan,” katanya kepada BH Online.

Lantaran terlalu teruja diberi kepercayaan membintangi filem aksi, Lizzy sanggup mengeluarkan bajet sendiri bagi mempelajari seni bela diri campuran atau MMA.

Bukan penerbit, Skop Production Sdn Bhd tidak menyediakan kelas sebagai persediaan memasuki set, tetapi latihan selama empat hari tidak mencukupi buat Lizzy hingga sanggup berbelanja sebanyak RM4,000 untuk tampil lebih kemas dalam filem berkenaan.

“Saya mahu tampil dengan lakonan lebih meyakinkan sebagai ejen perisik, jadi saya ambil keputusan mempelajari MMA selama hampir setahun.

“Ini kerana saya mahu kelihatan kemas sewaktu melakukan adegan aksi dan berharap lebih banyak peluang menjayakan filem aksi pada masa hadapan,” katanya.

Berbicara bidang nyanyian, Lizzy yang popular menerusi lagu Knock Knock tidak pernah melupakan kerjaya sebagai penyanyi.

Lizzy baru sahaja tampil dengan single baharu, Narsisi berduet bersama Zynakal mengakui sudah lama tidak muncul dengan lagu baharu.

Bukan tidak berminat menyanyi, sebaliknya kesibukan lakonan menyebabkannya terpaksa melupakan seketika bidang nyanyian.

“Selepas selesai menjalani penggambaran drama, barulah saya berpeluang masuk studio merakamkan lagu baharu.

“Saya banyak terima tawaran lakonan dan proses penggambaran pula selalunya memakan masa yang lama.

“Selain itu, saya ingin memberikan fokus pada keluarga. Mungkin sebab itu juga saya semakin jarang menyanyi,” katanya.

Ditebak pertanyaan zuriat, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dia sudah bersedia bergelar ibu, tambahan, usianya bukan muda lagi.

Namun, katanya, sebelum ini, hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana sibuk dengan kerja.

Bagaimanapun, Lizzy berkata, kini sudah bersedia dan merancang untuk berusaha mendapatkan zuriat pada Oktober depan.

“Saya mahu cuba hamil, hujung tahun ini. Jika ikutkan, saya merancang hamil pada Julai lalu, tetapi banyak tawaran kerja.

“Jadi, saya terpaksa tukar perancangan pada Oktober depan. Bagaimanapun, saya serahkan soal zuriat kepada ketentuan Tuhan. Saya tidak akan sesekali berhenti berusaha,” katanya.

Ditanya adakah dirinya dan suami akan tetap tinggal berasingan selepas dikurniakan zuriat, memandangkan hanya bertemu dua kali seminggu, Lizzy berkata, mereka pastinya tukar perancangan dan tinggal sebumbung.

“Jika ada rezeki dikurniakan cahaya mata, saya dan suami akan tinggal sebumbung. Saya percaya keluarga akan faham keadaan kami yang sudah mempunyai anak,” katanya.

Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Khir Rahman, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha dan Siraj.

Menemui penonton esok, siri jelajah dengan selama tiga hari diadakan di zon selatan dan utara mulai 15 September ini. BH

Lizzy bikin panas lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker