Amirudin mahu kekal sebagai MB Selangor

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menolak cakap-cakap beliau akan dilantik menteri susulan spekulasi perdana menteri akan merombak Jemaah Menterinya.

Katanya, beliau tidak tahu sumber khabar angin itu.

“Desas-desus mengatakan saya hendak ke Kabinet ini sejak 2022 dan saya sendiri tak dengar (sebarang perkembangan terbaharu). Apapun, semua keputusan terletak kepada prerogatif perdana menteri,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perumahan Selangor 2023.

Naib presiden PKR itu berkata, Anwar Ibrahim pasti akan berbincang dengan kepimpinan parti dan kerajaan perpaduan sebelum melantik anggota baharu Jemaah Menteri.

Anwar ialah presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan. Rabu lalu, beliau dilaporkan “sedang berfikir” mengenai kemungkinan merombak Jemaah Menteri.

Spekulasi rombakan Kabinet muncul selepas ketua setiausaha lima kementerian dipindahkan ke jawatan baharu baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Amirudin yang juga pengerusi PH Selangor, berkata gabungan itu dan Barisan Nasional belum mengemukakan petisyen untuk mencabar keputusan PRN di empat DUN.

Katanya, beliau masih menunggu jawapan peguam.

Sebelum ini, PH-BN dilaporkan sedang mengkaji untuk mencabar keputusan DUN Dengkil, Gombak Setia, Sungai Kandis dan Taman Medan. Empat kawasan itu dimenangi Perikatan Nasional dengan majoriti kurang 500 undi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker