[VIDEO] Ditangkap Polis! Lihat Aksi-aksi Tak Senonoh Salma El Shimy Di Piramid, Mesir

Sebaran :

Salma El Shimy ditangkap pihak polis di Mesir selepas  melakukan sesi fotografi berpenampilan seksi di Piramid Djoser, Mesir. Model berusia 26 tahun mencetuskan kontroversi kerana mengenakan pakaian menjolok mata secara terbuka di tapak bersejarah.

[Foto: Instagram/@salma.elshimy.official]

Dia mengenakan pakaian menjolok mata berwarna putih yang memperlihatkan bahu dan belahan dadanya. Sebelum penangkapan, ada sumber mengatakan Salma memasuki tapak bersejarah dengan mengenakan abaya (jubah).

Namun, setelah sampai di lokasi penggambaran dia menukar pakaiannya. Salma bersama 6 orang pekerja yang lain dan sesi fotografi berlangsung selama 15 minit. Alasan Salma ditangkap kerana perilaku yang tidak sopan dan melanggar peraturan di tempat tersebut.



Piramid adalah tapak Warisan Dunia Unesco yang merupakan tanah perkuburan yang aktif selama lebih dari 3000 tahun dan oleh itu terdapat peraturan ketat yang melarang fotografi yang dianggap sebagai perbuatan tidak senonoh atau tidak sopan.

Foto: Instagram/@salma.elshimy.official

Salma memuatnaik hasil fotografi itu dan video saat penggambaran di laman Instagram. Namun, tindakan tersebut dianggap sebagai provokatif. Salma membantah semua tuduhan yang dibuat terhadapnya dengan alasan aksinya bertujuan untuk mempromosikan pelancongan dan tidak menyinggung budaya Mesir. Dia juga mengaku tidak tahu soal larangan melakukan fotografi di tempat tersebut.



Siapakah Salma El Shimy?

Salma adalah seorang influencer yang mempunyai pengikut sekitar 90 ribu. Namun semenjak fotonya viral, akaun Instagram @salma.elshimy.official kini mempunyai 126 ribu pengikut.

Dari pelbagai foto yang dimuatnaik, dia juga beberapa kali memperlihatkan bahagian tubuhnya dan mengenakan pakaian terbuka di bahagian dada.

Macam-macam reaksi muncul di ruangan komen Instagram Salma atas perilaku tidak sopannya. Hingga saat ini, Salma Al Shimi belum membuat apa-apa kenyataan soal penangkapan akibat berpose tak senonoh di Piramid Djoser, Mesir.- Murai

Buat malu keluarga


Sebaran :

Leave a Reply