Hias kereta dengan tulisan ‘Baru bercerai’, lelaki zahirkan kegembiraan

Kennedy bergambar dengan kereta yang dihiasi pelekat dan hiasan bunga bagi meraikan penceraiannya dengan isteri baru-baru ini. – SWNS

Seorang lelaki di Britain meraikan pengakhiran perkahwinannya dengan bekas isteri dengan memandu kereta yang dihiasi pelekat beserta ayat ‘Baru bercerai’, lapor lakhbar Daily Star semalam.

Angus Kennedy, 58, yang merupakan seorang pakar coklat dari Kent, dan bekas isterinya, Sophie bersetuju untuk bercerai secara baik selepas 23 tahun hidup bersama.

Bagaimanapun, lelaki itu mahu meraikan hari ‘bersejarahnya’ menjadi seorang duda baru-baru ini dengan mengubah suai kenderaannya dan menghiasinya dengan pelekat ‘Baru bercerai’ serta hiasan bunga dan reben.

Kennedy berkata: “Saya berpendapat melakukan sesuatu pada kereta akan menjadi cara yang lucu untuk meraikannya (perceraian).”

Kennedy dan bekas isterinya mempunyai lima anak berusia antara 11 hingga 23 tahun itu. Mereka juga masih tinggal berdekatan antara satu sama lain dan berkongsi hak penjagaan anak. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker