‘Jangan Balas Dendam’ – Ahmad Faizal Azumu

“Jangan balas dendam… dalam politik kita jangan berdendam-dendam,” kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian bahawa Menteri Besar Johor boleh menerima nasib sama seperti Ahmad Faizal sekiranya 12 Adun Bersatu di negeri itu ‘membalas dendam’ melalui usul undi percaya.

“Saya kira tentu ada perkara yang boleh kita selesaikan, namun inilah reaksi yang tidak kita ingini apabila berlaku keadaan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini. Ini kerana kita tidak berunding sebelum perkara itu (awalkan usul) dibuat.

“Saya juga dituduh tidak berunding apabila saya melantik Setiausaha Politik, tetapi itu perkara yang jauh berbeza,” katanya pada sidang media di Laman Seri Ridzuan di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, beliau berharap apa yang terjadi kepadanya tidak berjangkit ke negeri lain mahupun di peringkat persekutuan.

“Apabila disingkirkan seorang Menteri Besar dalam kalangan parti komponen reaksi itu terdapat pula di negeri lain. Tetapi saya memohon nasihat agar semua pentadbiran negeri lain, kerajaan persekutuan dan sebagainya dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan kemelut politik yang melanda negeri ini, beliau menasihati kepada semua pihak agar kekal tenang dan bersabar.

“Semua orang dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku, jadi masing-masing berhak menyampaikan perasaan masing-masing.

“Tetapi saya ingin memberi nasihat kepada semua pihak agar kekal tenang dan bersabar, di negeri Perak ini kita cuba selesaikan permasalahan kita.

“Di negeri lain yang sedang berjalan elok janganlah kita mengganggu-gugat,” katanya.-HM

Dendam Politik? Mari saya ceritakan apa itu ‘Dendam Politik DAP’ – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker