Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15

Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15

Pilihan raya umum (PRU) ke-15 bakal menjadi medan terakhir bagi blogger kontroversi, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Cucu Mat Kilau’ (CMK) mencuba nasib dalam politik.

Cuba menggunakan peluang kejayaan filem Mat Kilau sebagai pencetus semangat, dia turut membayangkan untuk bersara dari dunia politik jika tewas dalam PRU akan datang.



“Ini percubaan terakhir saya, jika kalah juga, maknanya saya dah ‘tak laku dan bolehlah saya tumpukan kepada kerja lain.

“Sejak terbabit dalam politik pada tahun 1998, saya tidak pernah menyesal memperjuangkan nasib rakyat serta isu alam sekitar.

“Tahun ini agak mencabar bagi saya kerana disaman RM1 juta oleh kerajaan Pahang akibat pendedahan saya buat berkaitan isu banjir di sekitar Bentong hujung tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kuantan, Pahang.

Untuk rekod, Mohd Shukri, 52 tahun, menerima writ saman itu pada April lalu susulan dakwaan dibuatnya mengenai kejadian banjir lumpur hujung Disember 2021 di kawasan perkampungan Sungai Kerau, Telemong dan Sungai Perdak, dekat Karak, Bentong.



Selain dia, turut menerima tuntutan saman dari kerajaan Pahang ialah Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, bekas presiden Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam (Peka) , Syariffa Sabrina Syed Akil dan bekas ketua pengarang berita TV3, Mohd Khaidir Ahmad.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai parti yang akan disertainya pada PRU15, Mohd Shukri memaklumkan dia dihubungi wakil daripada tiga parti yang mempelawanya menyertai mereka.

“Buat masa ini saya belum buat keputusan, tapi tidak lama lagi selesai dan saya fikir peluang untuk menang kali ini lebih cerah.

“Sebelum ini saya banyak bertanding sebagai calon bebas, tapi saya dapati ia tidak boleh pergi jauh, perlu sertai parti tertentu juga kalau nak menang,



“Sama ada sertai parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN), tapi bukan Umno dan PAS,” katanya lagi.

Sasar kerusi DUN

Mohd Shukri turut memberitahu bahawa dia sedang memilih kerusi bakal ditandingi.

Katanya, sasarannya adalah kerusi dewan undangan negeri (DUN) antaranya DUN Teruntum, DUN Semambu dan DUN Pulau Manis.



“Saya pilih kerusi DUN sebab lebih mudah nak suarakan masalah rakyat Pahang, tapi kalau ditawarkan juga (bertanding) kerusi Parlimen, saya tidak menolak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd Shukri berkata, keputusan muktamad menyertai mana-mana parti masih belum dibuat, jadi dia bebas mempertimbangkan gabungan yang paling sesuai dengan agenda perjuangannya.

“Saya ada bertemu dengan Mukhriz Mahathir (presiden Pejuang) dan Ibrahim Ali (presiden Putra) baru-baru ini, dan mereka ada mempelawa saya bersama mereka.

“Kemungkinan itu masih ada, ‘all options still on the table’ dan bila sampai masa, saya akan umum,” katanya.



Mohd Shukri sebelum ini adalah ahli PKR sebelum mengumumkan keluar daripada parti itu pada Februari 2011.

Dia pernah bertanding pada PRU12 di kerusi DUN Kemayan, dalam Parlimen Bera; kerusi DUN Semambu, kawasan Parlimen Indera Mahkota (PRU13) dan PRK DUN Chini pada tahun 2020. Mk

Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker