Lewat umum Jemaah Menteri kegagalan pertama Anwar – PAS

Lewat umum Jemaah Menteri kegagalan pertama Anwar – PAS

Seorang pemimpin PAS berkata tindakan Anwar Ibrahim lewat mengumumkan senarai Jemaah Menteri selepas lebih seminggu dilantik menerajui kerajaan adalah kegagalan pertama sebagai perdana menteri.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zuhdi Marzuki, berkata Anwar dilihat sangat lambat bertindak mengumumkan barisan jentera pentadbiran sebaliknya terlalu fokus kepada aktiviti sosialnya.

“Anwar sangat lambat bertindak untuk menamakan anggota kabinetnya sedangkan persekitaran amat menghambat sekarang ini. Apa yang ketara, perdana menteri disibukkan dengan aktiviti sosialnya berbanding tindakan cepat untuk mengaktifkan jentera pentadbirannya. Baru sahaja seminggu, Anwar telah menempa kegagalan pertama,” katanya dalam kenyataan.

Zuhdi berkata, tindakan Anwar akan menyebabkan risiko kepada pentadbiran kerajaan ditambah pula negara bakal menghadapi bencana banjir hujung tahun ini.

“Laporan daripada agensi berkaitan dengan bencana banjir seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan JPS meramalkan sehari dua ini akan berlaku banjir berskala lebih besar daripada kejadian banjir yang berlaku kebelakangan ini. Bagaimana agaknya negara akan menghadapi bencana ini tanpa sebuah kerajaan yang sempurna?

“Sebagaimana amalan lazim kerajaan, bila berlaku bencana banjir maka akan dikeluarkan peruntukan khas di bawah item bajet kecemasan untuk disalurkan untuk usaha penyelamat dan kebajikan mangsa banjir.

“Bagaimanakah peruntukan itu boleh diuruskan dalam situasi kementerian yang mengetuai agensi-agensi berkaitan banjir belum wujud?,” soalnya.

Katanya, bila tidak ada Jemaah Menteri ketika negara berdepan situasi kecemasan, kerajaan sukar membuat keputusan kritikal dan ia tidak wajar hanya diputuskan seorang perdana menteri.

“Selain itu, kelewatan Anwar membentuk anggota pentadbirannya berkemungkinan menyebabkan pembentangan Bajet 2023 tergendala. Bajet tahunan adalah dibuat berdasarkan potfolio kementerian yang wujud. Jika menteri belum dilantik bermakna kementerian belum wujud, dan peruntukan mengikut kementerian juga belum wujud.

“Sempatkah menteri bakal dilantik nanti meneliti peruntukan bajet kementerian disediakan oleh kerajaan terdahulu? Bolehkah penelitian mereka ini disiapkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang sekiranya Bajet 2023 mahu dibentang minggu ketiga atau hujung bulan ini?.

“Apakah yang akan berlaku kepada negara dan rakyat jika Bajet 2023 belum diluluskan selepas melampaui tahun baru,” soalnya. FMT

Lewat umum Jemaah Menteri kegagalan pertama Anwar – PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker