Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan

ISLAMABAD – Bagasi milik seorang taikun emas dari Pakistan yang mengandungi barangan berharga tersebut yang bernilai AS$2.5 juta (RM11.26 juta) dilaporkan dicuri semasa menaiki penerbangan dari Dubai ke Karachi, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut akhbar Express Tribune, Mohammad Moonis, kehilangan 1.5 kilogram (kg) emas semasa penerbangannya pada petang Ahad lalu.

Emas itu tidak ditemui walaupun kru penerbangan berusaha keras mencarinya sebaik sahaja pesawat mendarat di Karachi.



Mohammad mendakwa, semasa dalam perjalanan, 1.5 kg emas hilang dari beg pakaian yang ditempatkan di dalam kabin pesawat sebelum memaklumkan kepada kru kabin mengenainya.

Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF) menggeledah sepenuhnya setiap penumpang selepas mendarat, namun gagal menemui emas-emas tersebut.

Mohammad sebelum itu telah mendedahkan kepada pegawai kastam berkenaan hasratnya untuk membawa emas ke Pakistan selain secara sah membawa balik barangan berharga itu. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)



Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker