Polis tahan bapa remaja perempuan dakwaan gangguan seksual

Polis tahan bapa remaja perempuan dakwaan gangguan seksual

Bapa pelakon remaja perempuan yang didakwa melakukan gangguan secara seksual telah ditahan polis di rumahnya di Kedah sekitar pukul 2.25 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang merupakan bapa kandung kepada mangsa.

“Pihak polis turut merampas telefon bimbit dan ia akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis untuk dianalisa.

“Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, suspek telah dibawa ke hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam dan akan ditahan reman bermula hari ini sehingga 12 September untuk siasatan lanjut.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelakon remaja perempuan tersebut membuat laporan polis susulan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya menerusi pendedahan di YouTube, baru-baru ini.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dia pernah dipertontonkan video lucah dalam telefon bimbit bapanya serta tidak dijaga dari segi kebajikan.

Sementara itu, pada 5 September, bapa kepada remaja terbabit turut membuat laporan polis selepas didakwa melakukan perkara berkenaan oleh anaknya sehingga tular di laman sosial. K Online

Polis tahan bapa remaja perempuan dakwaan gangguan seksual


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker